Peroleh sehingga RM 30,000(*) untuk setiap rujukan perniagaan.

Jemput pemilik perniagaan untuk memohon pembiayaan daripada Jenfi dan peroleh sehingga RM 30,000(*) secara tunai apabila setiap rujukan diluluskan.

(*) Amaun ganjaran sebenar berbeza berdasarkan jumlah amaun layak yang diberikan.

Bagaimana ia berfungsi

Tiga langkah mudah untuk merujuk sebuah perniagaan

Isi borang rujukan

Kami hanya memerlukan butiran ringkas tentang syarikat rujukan anda.

Keputusan pantas untuk syarikat yang layak berjaya

Syarikat rujukan anda akan melalui proses penapisan yang pantas

Dapatkan Ganjaran

Peroleh sehingga RM 30,000(*) setelah pengeluaran dana berjaya diberikan kepada syarikat rujukan daripada Jenfi.

(*) Amaun ganjaran sebenar berbeza berdasarkan jumlah amaun layak yang diberikan.

Mengapa Perlu Merujuk Perniagaan?

Di Jenfi, kami berbangga untuk membina hubungan perniagaan yang mesra dengan syarikat yang kami biayai. Penting bagi kami untuk memastikan perniagaan yang kami biayai akan berjaya, dan telah membantu beratus perniagaan berteraskan digital, seperti e-dagang, SAAS dan perniagaan startup teknologi, dengan pembiayaan berasaskan hasil proprietari kami untuk membantu memajukan pertumbuhan mereka.

Dana Pertumbuhan dan Pemasaran

Kami tahu pengasas ingin melihat perniagaan startup mereka berkembang maju. Di Jenfi, kami telah menghapuskan overhed biasa yang berkaitan dengan memperoleh pembiayaan perniagaan. Tambahan lagi, anda tidak perlu risau tentang pencairan atau proses kelulusan yang panjang. Sebab ini kami merupakan rakan kongsi yang sesuai untuk membantu perniagaan anda berskala dan mencapai pelanggan baru.

Perkongsian Menang/Menang

Di Jenfi, kami ingin memastikan pelanggan kami menikmati kejayaan yang berpanjangan. Setiap pelanggan akan menerima akses kepada Jenfi Insights, alatan analisis lanjutan yang direka secara khusus, membenarkan anda menjejak pertumbuhan jualan dan pembelanjaan pemasaran anda dengan cekap.

Soalan Lazim

Apa yang berlaku jika syarikat rujukan saya tidak berjaya mendapat pembiayaan daripada Jenfi?
Kami hanya membayar untuk rujukan yang berjaya mendapat pembiayaan.
Apa yang berlaku kalau orang lain membuat rujukan untuk kenalan saya sebelum ini?
Kami hanya akan membayar untuk rujukan yang dianggap unik (cth. rujukan kali pertama).
Apa yang berlaku jika perniagaan yang saya rujuk memutuskan untuk tidak menggunakan pembiayaan daripada Jenfi?

Kami hanya membayar untuk rujukan yang telah berjaya menerima pembiayaan.

Ada had untuk bilangan perniagaan yang saya boleh rujuk?
Anda boeh merujuk seberapa banyak perniagaan yang anda mahukan kepada Jenfi untuk pertimbangan.
Bagaimana saya akan menerima ganjaran rujukan?
Selepas pengesahan sesuatu ganjaran rujukan, kami akan menguruskan pemindahan ganjaran rujukan anda ke akaun bank anda.
Bagaimana saya tahu jika rujukan saya telah berjaya menerima pembiayaan?
Kami akan menghantar pemberitahuan kepada anda selepas dana berjaya diberikan kepada syarikat yang dirujuk.

Tahu perniagaan yang layak untuk Jenfi?

Scroll to top